Sunday 29 December 2013

Relaks Dengan Solat..

Alhamdulillah..syukur ke hadrat Ilahi kerana masih diberi ruang masa untuk berkongsi ilmu-Nya di blog ini..semoga perkongsian kali ni sedikit sebanyak memberi manfaat kepada kita semua..aminn..=)
Insyaallah maudhu yg ingin dibicarakan kali ini adalah Relaks Dengan Solat..erm..dengan solat boleh relaks??bukan tambah penat je ke??..haa..ayuh kita lihat indikator2 solat yang memberi kerehatan kepada sang pelakunya..

INDIKATOR SOLAT YANG MEREHATKAN..

1. Terasa seronok  & tertunggu-tunggu  masuknya waktu solat..

2. Seandainya sibuk sekalipun, seruan azan akan segera disahut  tanpa berlengah & bertangguh..

3. Tiada unsur2 riyak, ujub mahupun sum'ah sebelum, semasa atau selepas menunaikan solat. Sebaliknya hati berada dalam keadaan neutral..

4. Hati berasa tenang melaksanakannya..

5. Terasa ingin memanjangkan solat dengan bacaan surah2 yang panjang disamping zikir2 selepas solat..

6. Solat secara sukarela dan penuh keikhlasan, bukan disebabkan adanya sebarang unsur paksaan..

7. Tidak sedar ape yang berlaku di sekitar kerana khusyuk..

Sebelum solat, hati menggerutu : "Alaa..asyik solat jee..". Semasa solat, hati bermonolog sendirian : "Cepat la habis..". Selesai solat, dialog ini pula meluncur dari mulut : "Alhamdulillah..habis jugak". Jika beginilah keadaan solat kita, itu petanda hati masih mujahadah. Tidak mengapa, paling tidak tuntutan solat yang wajib tetap dilaksanakan. Cuma kekurangan dari segi kualiti solat tersebut..

Hakikatnya solat yang merehatkan itu ialah solat yang memberi kerehatan kepada fizikal, minda, emosi dan memberi santapan lazat utk rohani..Alangkah indahnya hidup bertemakan Islam..saat dunia terasa memenatkan, Allah s.w.t merehatkan kita dgn solat...terima kasih wahai Allah!! =)