Tuesday 20 May 2014

Coretan Buat Temanku...

Assalamualaikum...

Warkah ini khas ku coret buat temanku Hijaz. Kali pertama melihat susukmu di Maahad Tahfiz Negeri Pahang, sama-sama mencuba nasib bagi temuduga Darul Quran. Satu daerah yang sentiasa meriah dengan alunan ayat2 suci kalamnya.

Mencuba sehabis baik.

Aku mula menegurmu. Raut wajahmu jelas menunjukkan kesungguhan untuk menjadi salah seorang ahli di bumi ini.

"Nama sape?", aku memulakan perbualan.

Dengan wajah yang tenang dan ceria, lidahmu melafazkan nama yang hebat sehebat empunya diri.

" Hijaz..dari Integrasi Temerloh "

Ketika itu, aku mengharapkan satu keajaiban, agar dapat bertemu semula di bumi Darul Quran. Dapat menjalinkan ukhwah yang mantap dan menjadi teman sejati buat dirimu. Bumi Kuantan menjadi saksi pertemuan kita dan pengharapan aku itu.

Alhamdulillah..

Rabb sentiasa mendengar doa hambanya. Lalu kita dipertemukan semula di bumi Darul Quran sepertimana yang aku harapkan selama ini. Tika itu, aku berharap agar dapat menjadi teman paling rapat denganmu.

Kita diuji dalam Haluan Siswa, ditarbiyah dalam Syabab. Saat itu aku rasakan imanku hampir luntur. Namun, tatkala melihat susukmu, walaupun kecil, tetapi hamasah yang ada pada dirimu amat memotivasi diriku. Supaya terus tabah untuk ditarbiyah. 

Sebulan berlalu.

Kita berjuang untuk menghafaz ayat2 suci wahyu Ilahi. Pernah kau mengadu, bahawa engkau sukar untuk menghadam kalam Ilahi itu. Akan tetapi diriku ketika itu terlalu sombong. Sombong untuk memotivasikanmu. Memberi nasihat mahupun tips yang terbaik.

Ketika itu aku menyesal kerana gagal membantu seadanya. Maafkan aku wahai teman. Sejurus itu, aku terus hanyut dibuai gelora. 

Melupakanmu sebagai teman.

Melupakan pngharapanku pada Ilahi untuk menjadi teman rapatmu.

Aku menjadi malu. Amat malu untuk mendampingimu. Kerana aku tahu, aku tidak mampu menjadi teman rapatmu.

Malu dengan diriku jika dibandingkan dengan dirimu, ketokohanmu, keimananmu, ketaqwaanmu, keilmuanmu. Selepas keputusan SPM diumumkan, aku mendapat informasi bahawa engkau mendapat keputusan yang amat cemerlang.

Tanpa aku sedari, air mata bertakung memenuhi kelopak mata. Firman : 

يرفع الله الذين ءامنوٱ منكم والذين أوتوا العلم درجات

Sentiasa terngiang-ngiang di benak hati. Aku sangat gembira dan bangga dengan pencapaianmu, dan aku bertambah bangga apabila melihat kerendahan hatimu walau dihiasi dengan kejayaan tersebut.

Imanmu terlalu hebat wahai teman.

Ketika aku tahu akan masalahmu, aku cuba untuk mendampingi dan mahu berkongsi masalahmu. Tapi aku sedar, aku bukan teman rapatmu yang boleh untuk berkongsi suka dan duka, pahit dan manis. Aku sedar diriku siapa.

Maka tika itu, aku menanggisi hati ini. Adakah Rabb tidak mendengar doaku?Pantas aku muhasabah diri. Rabb pasti mendengar doaku, kerna Dia adalah yang Maha Mendengar. Mungkin ketika aku panjatkan pengharapanku, disekat dek kerana dosa silamku, supaya kotoran dosaku tidak akan mengotori imanmu. Aku mengerti hikmah yang tersembunyi disebalik segala apa yang terjadi.

Aku sebak, dan cuba terima seadanya. Mungkin perananku hanya menjadi teman yang berada di belakangmu, bukan berada disisimu.

4 bulan brlalu.

Panas mentari khamis menjadi saksi. Teman yang paling aku sanjungi, paling aku kagumi, pergi meninggalkan bumi Darul Quran. Demi mencari cinta Ilahi. Saat itu, aku bingung, lidah terkelu, tidak mampu melafazkn apa-apa. Hanya air mata yang sudi menemani kesedihan hati.

Sekali lagi aku menangisi atas kesilapanku untuk menjadi teman paling rapat denganmu. Akan tetapi semua harapan itu tidak berguna lagi dan tidak akan terjadi. Di saat semua orang melafazkan kesedihan, mencoret pelbagai puisi indah, bahasa berbunga-bunga, memori-memori indah bersamamu, diriku hanya diam membisu. Melayan perasaan hati. Hilang arah tujuan. Aku cuba gagahkan diri, namun tidak berdaya.

Futur.

Itu sahaja yang mampu aku lalui. Aku tidak sehebat Hambali, dengan puisinya yang penuh puitis. Aku tidak semantap Nur Syahir, dengan garapan memorinya yang mendayu. Tetapi aku cuba meluahkan apa yang terbuku dihatiku selama ini. 

Dengan penuh keikhlasan aku cuba menggarap coretan ini. Aku mengerti pilihanmu wahai teman. Kerna kau adalah ilmuwan, kau adalah daie, kau adalah inteligensia, kau adalah intelek, kau adalah muttaqin, kau adalah murabbi, dan yang paling penting, kau adalah TEMANku, yang paling aku kagumi.

Dengarlah luahan hatiku ini wahai teman, supaya kesedihan yang terbuku dihatiku ini akan menjadi teguran buatku.

In shaa allah..