Monday 17 August 2015

Hafiz...or just memorizing??

Al Hafiz.

Gelaran buat mereka yang menghafal Kalam Ilahi. Ayat-ayat cinta Sang Tuhan tersemat kemas, tersimpan rapi di dalam hati dan kotak memori.

Tetapi gelaran yang diraih itu bukan lah untuk dibanggakan.

Bukan untuk dijadikan tiket supaya dijemput menjadi imam di masjid-masjid dan di surau-surau.

Bukan juga untuk dijadikan satu nilaian saat ingin memetik mawar solehah di taman larangan.

Al Hafiz.

Terkandung 1001 amanah yang sangat berat untuk dipikul. Amanah menjaga, memelihara, menghayati, mengamalkan setiap mesej bak mutiara berharga, agar ianya tidak sepi di pinggir lisan juga di pinggir kotak memori.

Wahai para hafiz dan hafizah sekalian,

Sedarlah dari buaian lena,
Sedarlah dari keasyikan dunia,
Sedarlah bahawa kau punya tanggungjawab yang perlu dilunas,
Sebagai penjaga bait bicara milik-Nya.

Supaya saat dihisab nanti,
Kalam itu menjadi hujah bagimu,
Bahawa kau menjaganya sepenuh hati,
Jaga, yang sebenar-benar menjaga.




2 comments:

  1. Allah. Sangat setuju dgn apa yg akh tulis. Berat benar rasa dada menanggung, lelah sungguh bahu memikul.

    Semoga kita sama2 istiqamah. :)

    ReplyDelete